Buku Dari Seorang Cikgu

Terima kasih Cik Sue sudi poskan buku ini buat Cik Una. 

Dengan adanya dua buah buku ini, permudahkan lagi langkah Cik Una untuk panduan dalam bisnes yang Cik Una baru nak mulakan langkah setelah beberapa bulan terhenti. 

Semangat dan Dorongan dari Cikgu-Cikgu yang telah mengajar Cik Una membuatkan Jiwa Cik Una berkobar-kobar untuk bangkit semula. 😀😀
Ya Allah!  Berkat Doa Mereka,  Permudahkanlah usahaku. Semoga Tahun Ini Bisnes Una Beauty Makin Maju. Amiinn. 

APA MAKNA PRODUK MESRA SOLAT DAN WUDUK.

Hari ni Cik Una nak share apa itu maknanya Produk Mesra Solat dan Wuduk supaya tidak ada diantara kita keliru.

MESRA WUDHUK

Dari Blog Ustaz Love disini adalah penerangan tentang maknanya.

Antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara-perkara  yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk..sebab ketiak bukan termasuk dalam anggota wuduk.

Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.

Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dan sebagainya.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

Bila wuduk dah tidak sah, maka tidak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sebab kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.

Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan pulak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit-sikit cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih.

Cuci bersih-bersih make up tu supaya tiada apa yang menghalang air daripada sampai ke kulit.. Kalau tidak, wuduk tak sah, solat pun tak sah.

 

MESRA SOLAT.
Produk adalah halal dan tiada bahan-bahan terlarang yang digunakan maka boleh dibawa solat. Contohnya lepas berwudhuk kita pakai make-up dan lepas tu boleh solat mcm biasa.

Semoga kita semua boleh faham serba sedikit daripada perkongsian ini. Seeloknya bersihkanlah bedak atau makeup yang kita pakai sebelum mengambil air wudhuk.

Semoga  Ibadat kita semua diterima Allah.

Hilangkan Jeragat

3 Petua mudah untuk HILANGKAN JERAGAT muka untuk lebih berseri.

tips1

Jus lemon

Lemon memang mempunyai banyak khasiatnya. Amalkan minum jus lemon sangat bagus untuk proses detok badan.

Untuk masalah jeragat, buat jus lemon tanpa air. Ambil kapas muka celup dan sapukan di kawasan muka yang berjeragat.

Biarkan dalam 10minit kering kemudian bilas. Ulangi langkah ini setiap hari selama 14 hari berturut-turut.

Bagi kulit yang sensitif, jus lemon boleh dicampurkan dengan air ataupun air mawar.

 

tips2

Kentang

Ambil hirisan kentang dan tempek di muka. Seperti mana timun. Biarkan dalam 30minit.

Ataupun kikis kentang dengan hancurkan sedikit. Campur dalam jus lemon dan letak di muka seperti masker.

Boleh buat 2 kali seminggu.

 

tips3

Oatmeal

Boleh campurkan dengan jus lemon dan letakkan di muka seperti masker. Biarkan dalam 10-15minit kemudian dibilas.

Boleh dilakukan 1-2 kali seminggu.

Jus lemon antara bahan yang penting untuk membantu masalah jeragat disebabkan sifatnya yang tinggi alkali. Sangat sesuai untuk merawat kulit yang bermasalah.

Kasut Cinderella 

Setelah berpusing-pusing cari kasut cinderella di beberapa buah kedai akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Simple dan menarik.  Actually sebab harganya dalam bajet Una. Beli kat kedai kasut dalam Tesco Semenyih jerrr. Itupun ada kawan fb yang suggest pi sana. 

Anyway, Una rasa happy sebab boleh belajar design ni dengan Cikgu Rina dan Cik Sue dalam kelas e-usahawan di Mdec Cyberjaya. Dapat banyak komen dan like pada pic ni di facebook Una. Sukaaaa sangattt.