APA MAKNA PRODUK MESRA SOLAT DAN WUDUK.

Hari ni Cik Una nak share apa itu maknanya Produk Mesra Solat dan Wuduk supaya tidak ada diantara kita keliru.

MESRA WUDHUK

Dari Blog Ustaz Love disini adalah penerangan tentang maknanya.

Antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara-perkara  yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk..sebab ketiak bukan termasuk dalam anggota wuduk.

Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.

Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dan sebagainya.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

Bila wuduk dah tidak sah, maka tidak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sebab kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.

Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan pulak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit-sikit cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih.

Cuci bersih-bersih make up tu supaya tiada apa yang menghalang air daripada sampai ke kulit.. Kalau tidak, wuduk tak sah, solat pun tak sah.

 

MESRA SOLAT.
Produk adalah halal dan tiada bahan-bahan terlarang yang digunakan maka boleh dibawa solat. Contohnya lepas berwudhuk kita pakai make-up dan lepas tu boleh solat mcm biasa.

Semoga kita semua boleh faham serba sedikit daripada perkongsian ini. Seeloknya bersihkanlah bedak atau makeup yang kita pakai sebelum mengambil air wudhuk.

Semoga  Ibadat kita semua diterima Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s